Dec 3, 2010

KELEMAHANKU :'(

Tadi bosan, tiba2 terfikir pasal kelemahan aku yang berbakul bakul ni, antara kelemahan2 yang terdapat dalam diri aku,
  1. Aku tak reti masak, harap maklum. Setakat maggi ke roti bakar ke reti la :P
  2. Aku takut kucing, macam marang merapu kepunden marang skaper
  3. Aku tak pandai memaki dan tak tahan dimaki, nangis nanti.
  4. Lemah matapelajaran math and sejarah, target aku C je asalkan lulus beb.
  5. Pandai siang udang tapi tak pandai siang ikan
  6. Susah nak sayang orang tau :P
  7. Payah nak cari jeans, maklumlah tak cukup tinggi tapi buntot sebesar kuali
  8. Tak reti pakai kain batik, eh pernahla sekali darurat sebab tak bawak seluar tidur kat rumah sepupu, aku pin je :)
  9. Aku ni pelupa orangnya, benda tak penting ingat, benda penting tak ingat. Takpe, belum amnesia lagi macam Miasara dalam cerita seribu kali cinta tu
  10. Lambat pickup, bak kata kerol aku ni labu (?)
  11. Mudah menitiskan air mata, walaupun tanpa sebab -_-
  12. Tak pandai mekap
  13. Telinga bermasalah, dalam bahasa saintifiknya, POKAK
  14. Poket sentiasa lah ringan, kalau berisi pun hari isnin je, faham sendiri la kan. Haih BILA LA AKU NAK KAYA :\
  15. Akan sakit perut setiap kali membulan, oh i hate it =='
Thereee ada 15 je, heh saja la nombor ganjil bagi. Dah baca jangan hina, saya budak baru belajar, sorong papan baling papan ^^

4 comments: